• Laman Utama
  • Pengumuman
  • SOALAN LAZIM INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS) MENGENAI PEMPROSESAN PERMOHONAN KELULUSAN SUSULAN DARI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MULAI 18 MAC 2020 DI SELURUH NEGARA

SOALAN LAZIM INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS) MENGENAI PEMPROSESAN PERMOHONAN KELULUSAN SUSULAN DARI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MULAI 18 MAC 2020 DI SELURUH NEGARA

Soalan 1 (Kaunter):

 Adakah IPTS masih boleh menghantar permohonan kelulusan termasuk pembaharuan pengambilan pelajar antarabangsa, tambah/ubah suai/pindah premis, penubuhan pusat wilayah, perlembagaan dan permohonan untuk sokongan pas penggajian bagi tenaga pengajar (kaunter sahaja) di kaunter dari 18 Mac hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

 Maklum balas:

Tidak. Semua operasi kaunter dan pejabat ditutup hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

  

Soalan 2 (e-IPTS):

Adakah IPTS masih boleh menghantar permohonan kelulusan termasuk pembaharuan perakuan pendaftaran, kursus pengajian, permit mengajar dan Ketua Eksekutif melalui Sistem e-IPTS pada 18 Mac hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Maklum balas:

Boleh. Permohonan kelulusan termasuk pembaharuan perakuan pendaftaran, kursus pengajian, permit mengajar dan Ketua Eksekutif melalui Sistem e-IPTS akan diproses sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Untuk permohonan pembaharuan permit dan ubah butir permit, permit asal perlu dikemukakan di kaunter dalam tempoh 30 hari di kaunter setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dari segi bayaran, IPTS boleh membuat pembayaran secara online mulai 1 April 2020 (Rabu) bagi permohonan berkaitan permit mengajar dan kursus pengajian sahaja. Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran online boleh dikemukakan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Manakala, bagi pembayaran pembaharuan perakuan pendaftaran, IPTS perlu membuat pembayaran fi pemprosesan dan menghantar dokumen sokongan dalam tempoh 30 hari di kaunter setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sekiranya IPTS gagal membuat pembayaran fi pemprosesan pembaharuan perakuan pendaftaran dalam tempoh 30 hari di kaunter setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, maka kelulusan pembaharuan perakuan pendaftaran adalah dibatalkan secara automatik.

 Proses kelulusan yang bukan melalui Sistem e-IPTS akan dilaksanakan selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan tarikh kelulusan akan disesuaikan mengikut tarikh tamat tempoh.

 

Soalan 3:

Adakah IPTS perlu memaklumkan kepada JPT mengenai penutupan IPTS?

Maklum balas:

Tidak perlu kerana ia adalah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

 

Soalan 4:

Bolehkah IPTS mengemaskini maklumat pelajar dalam Sistem e-IPTS dari 18 Mac hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?

Maklum balas:

Boleh.

  

Soalan 5:

Adakah permohonan yang melibatkan lawatan masih akan terus dijalankan?

Maklum balas:

Tidak. Lawatan verifikasi dibatalkan sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

  

Soalan 6:

 Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat sebarang persoalan berkaitan Sistem e-IPTS?

Maklum balas:

Manual pengguna boleh dimuat turun dari Sistem e-IPTS. Sebarang pertanyaan melalui emel boleh dikemukakan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

  

Soalan 7:

Adakah IPTS masih perlu muat naik data pelajar untuk suku tahun pertama tahun 2020?

Maklum balas:

Ya. IPTS adalah dimohon untuk mengemaskini status pelajar pada 31 Mac 2020 dalam Sistem e-IPTS selewat-lewatnya 7 April 2020.

 Institusi bertanggungjawab untuk memastikan data mandatori pelajar iaitu. Nama, No Kad Pengenalan baharu, kursus pengajian, tahap pengajian, tempoh pengajian, tahun kemasukan, tahun graduat, warganegara, tarikh lahir dan status adalah lengkap, tepat, dan betul.

Adalah diingatkan bahawa institusi perlu bertanggungjawab sekiranya data yang diberikan lewat, tidak mengikut format, tidak tepat, maklumat salah dan tidak lengkap.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan pengemaskinian data pelajar melalui Sistem e-IPTS boleh dikemukakan melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Kemaskini: 31 Mac 2020

  • Hits: 253

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2020 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pangajian Tinggi. Hak Cipta Terpelihara