Pelajar

Massive Open Online Courses (MOOCs)

Massive Open Online Courses (MOOCs) merupakan kursus pembelajaran dalam talian (online) yang terbuka secara percuma.

MOOCs Malaysia menawarkan 884 kursus, dan seramai 559,751 pelajar dalam dan luar negara telah mengikuti MOOC Malaysia.

Layari MOOCs melalui pautan berikut : https://www.openlearning.com/malaysiamoocs

 

 Klik pilihan dibawah untuk melayari MOOC setiap universiti : 

Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA)

Lonjakan 1: Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang

Inisiatif A2: Pentaksiran Bersepadu

Dalam merealisasikan Lonjakan 1: Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) - PPPM(PT), iCGPA telah dirangka sebagai satu mekanisme pentaksiran dan pelaporan pencapaian pelajar. iCGPA adalah satu mekanisme bersepadu pentaksiran, pelaporan pencapaian dan pembangunan pelajar yang mengambil kira peningkatan adab, keilmuan dan keupayaan mereka. Pelaporan ini memperlihatkan pencapaian atribut yang dihasratkan melalui enam aspirasi pelajar dalam PPPM (PT) dan lapan domain hasil pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia. Ia merupakan sistem pentaksiran bersepadu yang bertujuan untuk membantu pelbagai pihak berkepentingan membuat keputusan atau merancang langkah penambaikan. Mekanisme ini bertujuan untuk memacu pembangunan dan penjajaran dalam reka bentuk, penyampaian dan pentaksiran kurikulum di peringkat program dan peringkat kursus agar menfokuskan pengalaman pembelajaran pelajar ke arah pembangunan insan yang holistik dan seimbang.

Pelan Tindakan Pelaksanaan Inisiatif

Fasa 1 (2015) - Mempelopori pembangunan kaedah penilaian bersepadu yang dimulakan oleh IPT perintis.
Fasa 2 (2016-2020) - Melancarkan dan menerapkan sistem penilaian bersepadu.
Fasa 3 (2021-2025) - Menambah baik rangka kerja penilaian bersepadu merentas semua IPT awam dan swasta.

Pelaporan iCGPA Universiti Awam Ogos 2016
Universiti Awam Pelaporan iCGPA (PDF)
Universiti Malaysia Pahang (UMP) Data
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Data
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Data
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Data
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Data
Pelaporan iCGPA Universiti Awam September 2016
Universiti Awam Pelaporan iCGPA (PDF)
Universiti Malaysia Pahang (UMP) Data
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Data
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Data
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Data
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Data
1. BUKU PANDUAN RUBRIK iCGPA
2. Rubrik PNGK Bersepadu iCGPA - Panduan Pentaksiran Hasil Pembelajaran
3. Pamphlet iCGPA - English version | Pamphlet iCGPA - versi Bahasa Melayu

 

Program APEX

Pengenalan
Pendekatan utama yang diperlukan untuk mencapai universiti berstatus dunia adalah melalui penubuhan satu atau dua Universiti Apex. Universiti merupakan satu konsep yang bermatlamatkan kewujudan satu institusi mercu dan menjadi pusat akademik negara yang unggul.

Berdasarkan pengalaman universiti terbaik dunia, Universiti Apex akan diberi fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi meletakkannya pada status berkelas dunia. LPU yang terdiri daripada professional berkaliber mempunyai kuasa tadbir urus yang penuh. LPU akan melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Naib Canselor dan barisan pemimpin tertinggi di universiti. Universiti Apex juga akan memilih pelajar berdasarkan merit akademik dan kriteria lain yang dilaksanakan secara holistik termasuk melalui temu duga. Walaubagaimanapun, komposisi kumpulan pelajar perlu mewakili pelbagai entik tanpa kompromi dalam kelayakan akademik.

Universiti Apex akan menjadi tempat untuk menarik pelajar pintar dan ahli akademik cemerlang kekal di IPT tempatan

Tujuan

Pemimpin terbaik
Universiti Apex akan diketuai oleh pemimpin yang mempunyai ciri berikut:
Cemerlang, berwawasan, bersemangat dan komited untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam bidang kesarjanaan
Pengurusan dan pentadbiran yang berbakat untuk mengurus sumber manusia serta aset universiti yang lain
Komunikator cemerlang yang fasih berbahasa Inggeris, bermoral tinggi dan berintegriti serta bertindak sebagai peniup semangat

Fakulti terbaik
Fakulti perlu mempunyai ciri berikut:
Ahli akademik yang berbakat dan tersohor kesarjanaannya dalam pelbagai bidang.  Ahli akademik yang terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat luar negara akan mewujudkan suntikan ilmu global yag sihat serta menjadi pengajaran yang hebat selain menjadi penyelidik yang cemerlang dalam bidang masing-masing
Teknik pengajaran sentiasa berkualiti dan relevan
Penyelidikan mereka kreatif dan inovatif yang direka khusus untuk kemajuan penyelidikan serta memperluas ilmu

Pelajar terbaik
Pelajar yang dipilih ke Universiti Apex perlu berdasarkan  merit dengan kriteria dan syarat kelayakan yang tidak boleh di kompromi.  Ciri pelajar di Universiti Apex perlu mempunyai:
Kecemerlangan akademik yang tinggi secara berterusan dan konsisten sepanjang jangka masa kursus
Pencapaian yang baik melalui penilaian yang ketat
Pelajar dalam dan luar negara yang cemerlang

Kemudahan terbaik
Universiti Apex akan dilengkapi dengan kemudahan terbaik dan terkini untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.
Matlamat
Satu atau dua buah Universiti Apex akan diwujudkan dalam tempoh RMK ke-9
Universiti Apex akan diberi autonomi untuk membolehkannya  memberi fokus untuk menjadi universiti yang terbaik

Program 2u2i

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPPM(PT)) telah dirangka bagi melahirkan graduan yang berbakat, berkemahiran dan berilmu yang bersedia menghadapi cabaran abad ke-21. Sejajar dengan hasrat Lonjakan 1 PPPM(PT) dalam melahirkan graduan holistik, seimbang dan berciri keusahawanan, pendidikan fleksibel telah diperkenalkan melalui program 3+1 atau 2+2 dengan mengambil kira pembelajaran luar kampus atau berasaskan industri.

Program akademik 2u2i menggabungkan pembelajaran akademik dan aplikasi pembelajaran sebenar di tempat kerja. Ia dapat meningkatkan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang secara efektifnya dapat diterokai di luar kampus atau di industri di mana pengalaman kerja sebenar dapat disediakan oleh pihak yang berkaitan.  

Selain daripada itu, program akademik 2u2i mampu memberi peluang kepada graduan untuk memperoleh pendapatan sambil belajar (learn and earn). Melalui program akademik 2u2i, graduan mendapat pengalaman industri yang relevan mengikut bidang pengajian; justeru merapatkan jurang ketidaksepadanan di antara kehendak industri dan graduan yang dihasilkan oleh IPT. 

Pengalaman secara aktif dan konstruktif dapat meningkatkan atribut graduan yang dihasratkan terutamanya keyakinan diri, inovasi dan kreativiti, profesionalisme, dan kemahiran komunikasi graduan. Di samping itu juga, kemahiran fungsian graduan seperti pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kerja berpasukan, kemahiran sosial, kecerdasan emosi dan kemahiran perundingan dapat dipertingkatkan. Secara keseluruhannya, program akademik 2u2i mampu mengukuhkan domain kognitif, psikomotor dan afektif graduan. 

Kesemua ciri ini akan melahirkan graduan yang bersifat peka dan tersedia industri (industry aware and industry ready) yang seterusnya dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan. Hasrat ini dapat dicapai melalui kerjasama di antara pihak IPT dan industri dalam mereka bentuk dan menyampaikan program akademik 2u2i secara terus, berstruktur dan formal agar program akademik yang ditawarkan sentiasa relevan, berdaya saing dan dipacu industri.  

Jenama 2u2i digunakan untuk menggambarkan mod pengajian di mana Pembelajaran dan Pengajaran yang berlaku di dalam dan di luar kampus dalam pelbagai kombinasi seperti 3u1i, 2u2i, 2u1i, dan 1½u1i. Huruf ‘u’ di dalam 2u2i merujuk kepada universiti yang mana terma ini digunakan bagi mewakili semua IPT yang merangkumi universiti, kolej, politeknik dan kolej komuniti. Manakala huruf ‘i’ pula merujuk kepada industri di mana pembelajaran berlaku di dalam dunia pekerjaan sebenar. Pembelajaran di dalam dan di luar kampus boleh dilaksanakan dalam pelbagai kombinasi tempoh tahun yang diperuntukkan bagi pembelajaran di IPT seperti 3+1 (3u1i), 2+2 (2u2i), 2+1 (2u1i), dan 1½+1 (1½u1i). 

Muat turun Garis Panduan Pelaksanaan Mod Pengajian 2u2i

 

 

GAP YEAR

1.0 PENGENALAN

Program Gap Year telah diumumkan bagi memenuhi Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT). Matlamat utamanya ialah untuk melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan. Gap Year merupakan program yang dilaksanakan dalam jangka masa tertentu khusus untuk pelajar membuat refleksi dan penerokaan diri menerusi program kesukarelawanan (a time of self-reflection and self-discovery through volunteerism). Gap Year direka bentuk dengan keistimewaan yang membenarkan pelajar menangguhkan pengajian bagi melaksanakan kerja-kerja sukarelawan yang telah direncanakan bersama agensi terpilih.

2.0 REKA BENTUK PROGRAM GAP YEAR

            2.1 GAP YEAR KHIDMAT NEGARA

                        Program ini akan menempatkan pelajar yang berminat ke agensi-agensi badan beruniform iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Program ini diselenggarakan oleh dua UAP iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pelajar boleh memilih untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di mana-mana agensi tersebut selama tempoh satu (1) tahun akademik.

            2.2 GAP YEAR KESUKARELAWANAN

            Program ini merupakan program yang membenarkan pelajar untuk melaksanakan aktiviti kesukarelawanan selama satu (1) semester hingga satu (1) tahun akademik mengikut program yang ditawarkan oleh UAP bersama agensi yang terlibat. Selain itu, pelajar boleh memilih program-program yang disediakan dalam jangkamasa yang lebih pendek iaitu semasa cuti semester dengan melaksanakan program Summer Volunteerism 

BIL UAP AGENSI PROGRAM JANGKA MASA LAMAN WEB
1. UiTM APM Sukarelawan APM 1 Tahun Akademik http://hep1.uitm.edu.my/v1/muat-turun/program-gap-year.html
2 UiTM ATM Sukarelawan ATM 1 Tahun Akademik http://uitm.edu.my/index/php/en/l
3. UKM PDRM Sukarelawan PDRM 1 Tahun Akademik http://www.ukm.my/ppma/news/4577/
4. UUM JKM Perkongsian Pintar Sukarelawan UKM-JKM (PINTAS UKM-JKM) 3 bulan atau 3 bulan + 1 semester http://hep.uum.edu.my
5. UTHM JKM Sukarelawan JKM 1 Tahun Akademik http:/hep.uthm.edu.my/v3/index.php/en2/pusat-sumber/gapyear
6. USIM IRM Program Pembangunan Komuniti 1 Ttahun hep.usim.edu.my/gap-year-program
7. UniSZA JAKOA Menongkah Puncak : Pemerkasaan Pendidikan Orang Asli 3 Bulan http://www.unisza.edu.my
8. UMT NADMA Mahasiswa @ Cakna : Kesukarelawanan Bencana 3 Bulan atau 3 Bulan + 1 Semester www.gapyear.umt.edu.my
9.. UPSI KPM & JPNP Tuisyen Bitara 3 - 6 Bulan http://www.uosi.edu.my/index.php/2016-06-29-02-43-27/program-gap-year/td>

                2.3 GAP YEAR UMUM           

               Program ini terbuka kepada pelajar yang ingin melibatkan diri dalam program sukarelawan umum seperti kesukanan, keusahawanan,meningkatkan kemahiran, pelancongan dan lain-lain aktiviti. Aktiviti yang dirancang oleh pelajar perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh universiti masing-masing. Tempoh minimum program adalah selama satu (1) semester dan tempoh maksimum adalah selama satu (1) tahun kalendar akademik. Program ini tidak mempunyai struktur spesifik seperti program Gap Year Khidmat Negara atau Gap Year Kesukarelawanan. Pelajar bebas memilih program yang bermanfaat dan menambah nilai kemahiran. 

 

 

 

AIMS

PROGRAM ASEAN INTERNATIONAL STUDENTS FOR MOBILITY (AIMS)

 Program ASEAN International Mobility Programme For Students (AIMS) yang dahulunya dikenali dengan nama Malaysia – Indonesia – Thailand (M-I-T) telah mula dijalankan pada tahun 2010. Program ini adalah di bawah inisiatif SEAMEO Regional Centre for Higher Education and Development (SEAMEO RIHED) dan diurusetiakan oleh Kerajaan Thailand dengan melibatkan mobiliti pelajar bersama pemindahan kredit di antara negara-negara ahli. Terdapat 10 Universiti Awam (UA) yang terlibat iaitu:

 

Program AIMS dilihat sebagai satu platform yang dapat merealisasikan usaha kerajaan untuk menjadi hub pendidikan antarabangsa sepertimana yang telah digariskan di dalam Lonjakan 8: Keunggulan Global; Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2011-2025 (Pendidikan Tinggi). Ianya dapat  meningkatkan keupayaan IPT sebagai hos pelajar di samping dapat meningkatkan mutu keseluruhan program akademik dan kepakaran melalui penyediaan kemudahan, perkhidmatan dan penawaran program akademik yang berkualiti bagi menarik minat dan memperkayakan pengalaman pelajar Malaysia yang mengikuti program AIMS di luar negara dan pelajar antarabangsa yang mengikuti program AIMS di Malaysia.

Sehingga tahun 2017 Malaysia telah menghantar seramai 911 orang pelajar Malaysia ke luar negara dan seramai 930 orang pelajar antarabangsa telah datang ke Malaysia bagi mengikuti program AIMS dengan perkongsian pembiayaan bersama-sama negara terlibat.

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM AIMS 2017

Program AIMS Malaysia adalah melibatkan penerimaan dan penghantaran pelajar Malaysia dan antarabangsa ke Universiti ahli AIMS.  Setiap tahun, program AIMS Malaysia akan menghantar pelajar bagi mengikuti program mobility outbound ke university ahli AIMS yang terdiri daripada universiti di negara ahli yang lain seperti  Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Brunei, Jepun dan Korea. Penghantaran pelajar ini akan dibuat pada sesi September 2017 dan Februari 2018. Berikut merupakan laporan pelaksanaan program mobility outbound AIMS untuk rujukan semua.

Outbound AIMS to Universitas Indonesia, IndonesiaOutbound AIMS to University of Tsubuka, JapanOutbound AIMS to Universitas Bina Nusantara, IndonesiaOutbound AIMS to Universitas Kristen Maranatha, Indonesia
Program AIMS 2017
Universiti Awam Laporan Aktiviti (PDF)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Outbound AIMS to UKM
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Outbound AIMS to Univeritas Gadjah Mada, Indonesia

Outbound AIMS to Universitas Indonesia, indonesia

Outbound AIMS to University of Tsukuba, Japan

Outbound AIMS to Universitas Bina Nusantara, Indonesia

Outbound AIMS to Universitas Kristen Maranatha, Indonesia

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Outbound AIMS to Univeritas Gadjah Mada, Indonesia

 

 

 

 

Pautan Pelajar
Pautan Aplikasi dan Keterangan Kepada Pelajar
Pautan Keterangan
Permohonan Kemasukan ke Universiti awam bagi lepasan SPM/Setaraf dan juga STPM/Setaraf. Aplikasi ini adalah dibawah kelolaan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP,JPT)
Warganegara Malaysia yang tinggal atau menetap di luar negara hendaklah mendaftarkan nama dan alamatnya di pejabat perwakilan Malaysia. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kesulitan mendapatkan pertolongan dan perlindungan semasa berlaku kecemasan. Kegagalan ini juga boleh menyebabkan tindakan perlucutan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah perkara 25(2) perlembagaan persekutuan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempelawa pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM) yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam
Portal yang berkaitan dengan penajaan dan juga penawaran biasiswa kepada calon yang layak dan cemerlang. Aplikasi ini diuruskan oleh Unit Biasiswa, Bahagian Biasiswa, JPT.

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2020 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pangajian Tinggi. Hak Cipta Terpelihara