Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Tinggi

  • 1.

    Memberi maklumbalas awal dalam tempoh 3 hari bekerja dan maklumbalas perkembangan dalam tempoh 15 hari bekerja berhubung pengurusan aduan dari tarikh aduan diterima.

  • 2.

    Mengumumkan keputusan permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum pendaftaran pelajar baharu  ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

  • 3.

    Merancang, melaksana dan menilai program pembangunan sahsiah, patriotism, uniti dan kesukarelawan mahasiswa IPT.

  • 4.

    Memaklumkan keputusan permohanan FRGS dalam tempoh 45 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan.

  • 5.

    Menilai dan memproses permohonan daripada Universiti Awam yang lengkap diproses untuk diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi dan diluluskan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi dalam tempoh 45 hari bekerja.

  • 6.

    Mengeluarkan Surat Kelulusan Penubuhan IPTS dalam tempoh 45 hari bekerja setelah kesemua dokumen lengkap diterima.

Ikuti kami di media sosial rasmi:

©2020 Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pangajian Tinggi. Hak Cipta Terpelihara