SOALAN LAZIM INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS) MENGENAI PEMPROSESAN PERMOHONAN KELULUSAN SUSULAN DARI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) MULAI 4 MEI 2020 DI SELURUH NEGARA
Soalan 1 (Kaunter):
Adakah IPTS masih boleh menghantar permohonan kelulusan termasuk pembaharuan pengambilan pelajar antarabangsa, tambah/ubah suai/pindah premis, penubuhan pusat wilayah, perlembagaan dan permohonan untuk sokongan pas penggajian bagi tenaga pengajar di kaunter bermula 4 Mei 2020?
Maklum balas:
Permohonan di atas boleh dikemukakan setelah kaunter BSS mula beroperasi pada 5 Mei 2020.
Soalan 2 (e-IPTS):
Adakah IPTS masih boleh menghantar permohonan kelulusan termasuk pembaharuan perakuan pendaftaran, kursus pengajian, permit mengajar dan Ketua Eksekutif melalui Sistem e-IPTS?
Maklum balas:
Boleh. Dari segi bayaran bagi proses berkaitan kursus pengajian dan permit mengajar, IPTS boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat pembayaran melalui kaunter (bank draf / wang pos) atau membuat pembayaran secara online. Oleh kerana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diwujudkan semula, maka nama akaun terimaan bagi Jabatan Pendidikan Tinggi akan turut berubah seperti berikut:
Bank Terimaan : Bank Islam Malaysia Berhad
Nama Akaun : Akauntan Negara Malaysia – KPT –T
Pelaksanaan pembayaran online adalah sebagaimana dalam pengumuman di halaman pertama dalam Sistem e-IPTS. Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran online boleh dikemukakan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Kemaskini: 4 Mei 2020