IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TERBUKA DI JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut :
Bil. |
Bahagian |
Jawatan / Gred |
Bilangan kekosongan |
1. |
Bahagian Sitasi dan Infometrik |
Pengarah Gred 54 (Terbuka) |
1 |
2 |
Bahagian Kecemerlangan Akademik |
Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred 52 (Terbuka) |
1 |
3. |
Bahagian Education Malaysia
|
Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred 52 (Terbuka) |
2 |
4. |
Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat |
Penolong Pengarah Kanan Gred 44 (Terbuka) |
1 |
Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga Gred 54 yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Iklan kekosongan, borang permohonan dan senarai tugas jawatan berkenaan boleh diperolehi di sini.
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 25 Mac 2020. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Puan Noorzuliyana binti Yusuff (03-88706408) emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / Puan Nurdahliya Haszwani binti Mohd Razali (03-88706412) emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).