previous arrow
next arrow
previous arrownext arrow
Shadow
Slider

Piala Anugerah Tokoh Akademik Negara

Anugerah Akademik Negara (AAN)

Anugerah Akademik Negara (AAN) adalah wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang ilmu. Sehubungan itu, pemberian anugerah ini adalah pengiktirafan tertinggi khusus untuk para sarjana Malaysia yang sedang atau pernah berkhidmat di IPT Malaysia berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang berikut :

  • Pengajaran
  • Penemuan ilmu
  • Penulisan dan penerbitan ilmiah dan kreatif
  • Pemindahan dan pengembangan ilmu

Syarat dan Peraturan


Kategori Anugerah

Syarat dan Peraturan Umum


Permohonan / pencalonan AAN dibuka hanya kepada ahli akademik warganegara Malaysia yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki, di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai kecuali Anugerah Tokoh Akademik Negara.

Anugerah Tokoh Akademik Negara

Syarat dan Peraturan
Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah seorang ahli akademik yang terlibat secara menyeluruh dan sentiasa beriltizam dalam menyumbang kepada penemuan dan pembangunan ilmu yang memberi sumbangan bernilai untuk negara dan dunia.

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal

Syarat dan Peraturan
Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada ahli akademik yang menghasilkan makalah jurnal terbaik, satu dalam bidang Sains serta satu dalam bidang Sains Sosial dan Sastera bagi tahun yang dinilai.

Anugerah Seni Dan Kreativiti

Syarat dan Peraturan
Anugerah ini diberikan kepada pemohon yang telah memenangi anugerah dan / atau menerima pengiktirafan (sekurang-kurangnya di peringkat kebangsaan) dan menyumbang kepada pembangunan ilmu dan/atau kreativiti serta memberi impak positif kepada seni budaya.

Anugerah Penerbitan Buku

Syarat dan Peraturan
Anugerah ini diberikan kepada pengarang buku ilmiah karya asli yang bukunya telah menerima anugerah / hadiah buku yang berprestij pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa untuk tahun yang dinilai.

Anugerah Pengajaran

Syarat dan Peraturan
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada tenaga pengajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang telah menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran.

Anugerah Inovasi Dan Pengkomersialan Produk

Syarat dan Peraturan
Anugerah ini merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di IPT di mana harta intelek didaftar di IPT berkenaan.

Anugerah Ahli Akademik Harapan

Syarat dan Peraturan
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik berkemampuan dan berkalibar yang berumur tidak melebihi 40 tahun.
Senarai Penerima

Tokoh Akademik Negara

Hubungi Kami
  • Tel:

    03-8870 6559 / 6539 / 6546
  • E-mel:

    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara 2006 - 2019 © Anugerah Akademik Negara (AAN), Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)